HIKMAT-HIKMAT PUASA

Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya:



Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.

Melatih jiwa supaya mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang-orang yang susah dan menderita.

Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad dengki.

Melatih diri supaya bersifat sabar dan tabah menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.

Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan perpaduan.

Menanamkan semangat sama rata dan menjauhkan sifat membeza-bezakan di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung peritah Allah.

Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peaturan dan menghargai masa kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.

Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh badan dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.

Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh badan - terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.

Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana Bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul-Qadar dan Sembahyang Tarawih.

MENGAPA IBU MENANGIS?

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki bertanya pada ibunya...
"Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab,"sebab aku wanita."
"saya tak mengerti ,"kata si anak lagi
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
Nak,kamu memang tak akan mengerti.....

Kemudian si anak itu bertanya kepada ayahnya,
"Ayah,mengapa ibu menangis?"
Sang ayah menjawab,
"semua wanita memang menangis tanpa ada alasan.
Hanya itu jawapan yang bisa diberi oleh ayahnya.

Lama -kelamaan anak itu menjadi remaja dan
tetap tertanya-tanya kenapa ibu menangis.
Pada suatu malam,ia bermimpi dan mendapat petunjuk
dari Allah mengapa wanita menangis.

Saat Allah ciptakan wanita,
Dia membuat menjadi sangat penting.
Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh
beban dunia dan isinya.
Walaupun ,bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk
menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya.
Dan seringkali pula menerima cerca dari anaknya
sendiri.

Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan,
pantang menyerah di saat semua orang sudah berputus asa.
Wanita Allah berikan kesabaran,untuk merawat keluarganya
walau letih,sakit,lelah tanpa berkeluh kesah.
Allah berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang
untuk mencintai semua anaknya dalam situasi apapun ,
Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.
perasaan ini menberikan kehangatan kepada anaknya yang ingin tidur,
Sentuhan lembutnya memberi keselasaan dan ketenangan.

Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya
melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya.
Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita?
Allah kurniakannya kebijaksanaan untuk menilai tentang peranan kepada suaminya
Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberi kepada suami
agar saling melengkapi dan menyayangi?

Dan akhirnya Allah berikannya air mata
agar dapat mencurahkan perasaannya......
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,
agar dapat digunakan di mana ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita,
walau pun sebenarnya air mata ini
air mata kehidupan......

dari cik sleepy: Tips b'cinta smpai syurga

1- dahulukan hak Allah drp hak psgn kita
2- hadiri mjlis pengajian b'sm
3- sentiasa bekerjasama u m'buat kebaikan dlm rumah tangga dan masyarakat
4- sama2 sling ingat mengingati agar menjauhi p'kara mungkar
5- rela b'korban kesenangan sesama pasangan demi bakti sesama manusia
6- berdoa dan b'sedekah sebagai wasilah mengekalkan cinta
7- m'bc al-Quran di permulaan dan pengakhiran hr