Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya: | |
| |
| Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya. |
| Melatih jiwa supaya mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang-orang yang susah dan menderita. |
| Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad dengki. |
| Melatih diri supaya bersifat sabar dan tabah menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup. |
| Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan perpaduan. |
| Menanamkan semangat sama rata dan menjauhkan sifat membeza-bezakan di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung peritah Allah. |
| Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peaturan dan menghargai masa kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu. |
| Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh badan dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun. |
| Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh badan - terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun. |
| Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana Bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul-Qadar dan Sembahyang Tarawih. |
HIKMAT-HIKMAT PUASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment